Ahad, 2 Ogos 2009

KENALI DIRI ANDA

> Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
> anda adalah no.1
>
> Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
> anda adalah no.2
>
> Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
> anda adalah no.3
>
> Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
> anda adalah no.4
>
> Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda
> adalah no.5
>
> Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda
> adalah no.6
>
> Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda
> adalah no.7
>
> Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda
> adalah no.8
>
> Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
> adalah no.9
>
>
> no.1
> ----
> Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
> asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
> dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
> pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
> yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
> orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
> dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
> belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
> anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
> anda.
> Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6,
> 8.
>
> no.2
> ----
> Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
> berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
> bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
> perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
> diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
> juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat
> dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang
> datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan
> anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan
> keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
> ideal anda adalah no.2, 5, 9.
>
> no.3
> ----
> Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
> agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
> masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
> sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
> anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
> perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
> orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
> hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
> anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
> Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan,
> kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6,
> 9.
>
> no.4
> ----
> Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
> menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
> yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
> penyelidikan dan seni.
> Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
> tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling
> anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
> menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
> anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
> anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1,
> 8.
>
> no.5
> ----
> Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
> perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
> perniagaan.
> Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
> kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
> juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan
> seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
> kebebasan.
> Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
> mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
> 9.
>
> no.6
> ----
> Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
> perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
> pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
> baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
> paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada
> anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
> Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil
> saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
> no.1, 3, 9.
>
> no.7
> ----
> Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
> realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
> pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
> panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
> keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
> sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
> dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang
> yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
>
> no.8
> ----
> Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
> memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
> Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
> menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
> Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
> Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
> Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah
> seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan
> ideal anda adalah no.1, 4.
>
> no.9
> ----
> Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
> Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
> sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
> cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
> selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
> semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
> Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
> percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
> lain.
> Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan